Siakap Keli
Kredit Foto: CJI

Bayi & Ibu Hamil Antara Yang Berisiko, Doktor Kongsi Sebab Vaksin Influenza Perlu Diambil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Influenza adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru- paru. Gejalanya termasuk demam, selesema dan batuk.

Penyakit influenza ini boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat namun ianya masih lagi dipandang sambil lewa oleh masyarakat pada hari ini.

Banyak saranan yang diberikan kepada orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak terjebak dengan penyakit tersebut. Ikuti perkongsian daripada Azila Mohd Kasim yang merupakan seorang doktor berkongsi serba sedikit mengenai penyakit influenza ini.

Jenis-jenis vaksin:

1. Vaksin influenza untuk cegah penyakit influenza. Ia disyor setahun sekali.

2. Vaksin pneumococcal adalah untuk cegah penyakit pneumonia.

3. Vaksin wajib pergi haji / umrah adalah vaksin meningococcal untuk cegah jangkitan kuman pada otak.

4. Vaksin wajib masa bayi.

Untuk rekod, vaksin influenza bukan sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan, meliputi vaksinasi percuma terhadap 12 penyakit lain, yang diberikan di klinik kerajaan.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan imunisasi terhadap influenza dilakukan sebagai vaksin tambahan.

Satu dos dikenakan bayaran sebanyak RM40 di klinik swasta dan hospital.

Influenza boleh sebabkan kematian.

Jangkitan virus influenza mungkin kelihatan seperti selesema biasa namun ia sebenarnya lebih parah.

Ubat tersebut – yang lebih dikenali sebagai Tamiflu – digunakan dalam rawatan kepada pesakit yang dijangkiti virus influenza.

Menurut pihak hospital “Kami sudah sampai ke 100 kotak yang terakhir manakala (hospital) lain ada yang kurang daripada ini. Bekalan tidak dijangka ada sehingga akhir Januari atau Februari,” katanya.

Dr Musa berkata isu ini dibangkitkannya bukan untuk menimbulkan panik tetapi untuk menggalakkan vaksinasi influenza.

Terutama bagi Kumpulan Berisiko Tinggi seperti kanak-kanak berumur bawah lima tahun atau warga emas berusia 65 tahun ke atas, wanita hamil, kakitangan penjagaan kesihatan, mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti asma dan diabetes serta pelancong.

Kumpulan berisiko tinggi digalakkan untuk mengambil vaksin influenza setiap tahun.

“Tahap rawatan pertama bagi mengatasi demam masih lagi paracetamol, dan jika gagal dan dengan kehadiran risiko demam sawan (febrile convulsion), ubat NSAID digunakan sebagai tahap kedua rawatan,” katanya.

Setiap tahun, WHO menganggarkan 290,000 dan 650,000 orang di seluruh dunia mati akibat masalah pernafasan yang disebabkan oleh influenza. Ramai daripada mereka adalah kanak-kanak kecil.

Virus ini boleh tersebar melalui jangkitan batuk dan bersin. Virus influenza boleh hidup di luar badan selama berjam-jam atau berhari-hari.

Sekarang musim Influenza A menyerang.

Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C.

Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.

Antara simptom-symptom Influenza A adalah

  • demam dan menggigil
  • demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
  • sakit kepala dan otot
  • sakit tekak dan batuk
  • selsema

Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah.

Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom:

  • Sesak Nafas
  • Nafas Laju
  • Demam Tinggi Yang Berpanjangan
  • Kulit Kelihatan Kebiru-biruan
  • Kanak-kanak Tidak Mahu Makan Atau Minum
  • Bayi Dehidrasi Kerana Kurang Minum (Lampin kering, Menangis Tiada Air Mata)

Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah:

  • Sakit Dada
  • Sesak Nafas
  • Kebingungan
  • Muntah-muntah Yang Berpanjangan
  • Selsema Berkurang Terapi Demam dan Batuk Datang Semula

Rawatan bagi Influenza A adalah :

  • rehat di rumah
  • kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
  • makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat
  • ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor

Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?

Kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar .

JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH.

  • tutup mulut ketika bersin dan batuk
  • cuci tangan dengan kerap
  • jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital
  • galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah

Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti:

  • bayi
  • kanak-kanak kecil
  • warga emas
  • wanita hamil
  • pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung .

Sama-sama kita cegah penularaan untuk kesejahteraan bersama.

Semoga bermanfaat.
Pendidikan dan Kesihatan berpisah tiada.

Azila Mohd Kasim
Klinik Pergigian Azila Bangi

Sumber: Azila Mohd Kasim

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.