Siakap Keli

Empat ‘Kemusnahan’ Di Awal Tahun Baru, Dunia Berduka Dengan Tragedi Dan Bencana Alam

Kedatangan tahun baru 2020 sememangnya diharapkan dapat memberikan sinar baharu kepada kehidupan semua orang. Pun begitu, disebalik keasyikan komuniti dunia lain menikmati kedatangan tahun baru, beberapa bencana dan masalah global telah berlaku.

Permulaan tahun baru seperti ini sememangnya tidak pernah diharapkan oleh semua orang terutamanya mangsa dan juga ahli keluarga.

Seperti yang kita lihat, dunia hari ini menghadapi beberapa konflik di seperti krisis Amerika dan Iran, banjir dan gempa di Indonesia serta kebakaran besar di Australia.

Seperti kebakaran di Australia yang telah mengorbankan banyak hidupan, malapetaka ini dikatakan telah bermula sejak bulan September 2019. Perkara menjadi lebih buruk apabila dilaporkan setengah bilion haiwan yang terperangkap dalam kebakaran telah terkorban.

Gambar: Washington Post

Beralih pula kepada ketegangan yang melanda Amerika Syarikat (AS) dan Iran, komuniti dunia nampaknya menyuarakan kebimbangan sekiranya berlaku perang dunia ketiga yang dimulakan oleh kedua-dua negara nuklear itu. Ketegangan ini menjadi lebih memuncak selepas komamder tertinggi Iran, Qassim Soleimani telah terkorban dalam serangan udara yang diarahkan oleh Presiden AS, Donald Trump.

Gambar: M. Sheraz Asif

Konflik tersebut tidak terhenti setakat itu selepas dikaitkan pula dengan insiden pesawat penumpang Ukraine yang terhempas di Tehran. Insiden berkenaan dikatakan berlaku sejurus beberapa minit selepas ia berlepas daripada Lapangan Terbang Imam Khomeini. Menurut laporan, seramai 170 penumpang dan 10 anak kapal telah terkorban dalam nahas tersebut.

Konflik antara negara bukan sahaja melibatkan AS dan Iran, namun turut dialami oleh Indonesia dan China. Ianya dikaitkan dengan tuntutan perairan Natuna yang dibuat oleh negara China. Insiden ini mula memuncak apabila Indonesia telah mengarahkan beberapa jentera perang ke Natuna bagi memberi amaran.

Gambar: BBC

Antara bencana yang lain ialah gempa bumi dan banjir yang telah melanda Indonesia. Banjir yang bermula sejak awal Januari itu dikatakan banjir yang paling teruk dalam dekad ini dan sekitar 15 orang telah terkorban.

Pun begitu, terdapat lagi beberapa bencana dan masalah global yang sedang melanda dunia ini. Walaupun ianya telah mencetuskan kebimbangan kepada komuniti dunia, namun besarlah harapan agar segala konflik dan bencana ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Antara lain bencana yang berlaku adalah seperti serangan pengganas di Kenya, Burkina Faso, Nigeria dan Somalia, konflik Libya serta gempa bumi di Puerto Rico dan Mexico.

Sumber: jessicaessy / The Spectator Index

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra