Siakap Keli
Kredit Foto: Tribun Palu

Jadi Bilal Selama 30 Tahun, Lelaki Meninggal Dunia Saat Laungkan Azan Subuh

Kematian yang dicemburui ramai. Setiap yang hidup di dunia ini pasti akan mati. Namun bagaimana pengakhiran kita kelak tiada siapa yang tahu.

Tapi semua manusia inginkan pengakhiran hidup yang baik. Diambil nyawanya ketika sedang melakukan amal ibadah merupakan perkara yang sangat diinginkan oleh semua orang.

Begitu juga dengan kematian yang berlaku di sebuah masjid di Masjid At-Taqwa Gampong Pisang di Indonesia yang mana bilalnya meninggal ketika sedang melaungkan azan subuh.

Kredit Foto: Tribun Palu

Beliau yang dikenali sebagai Tgk Nurdin telah berkhidmat sebagai bilal di masjid berkenaan selama 30 tahun dan sangat dikenali sebagai seorang yang sangat baik di kampungnya itu.

Tgk Nurdin yang merupakan warga Gampong Pisang, Kecamatan Labuhanhaji, Kabupaten Aceh Selatan meninggal dunia setelah melafazkan hayya ‘alash shalaah (mari menunaikan solat) yang kedua dalam azannya itu.

Tiada siapa yang menjangkakan bahawa azan subuh tersebut merupakan laungan azan yang terakhir dialunkan oleh Tgk Nurdin.

Beliau sedang menerima rawatan kerana ditimpa sakit sejak kebelakangan ini.

Walaupun dalam keadaan sakit, beliau tetap ingin mengazankan azan subuh pada pagi tersebut.

Sumber: Tribun Palu

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.