Siakap Keli
Foto: Fazri Hassan

“Jadi Guru Lelaki Bujang Dalam Dunia Pendidikan Khas, Banyak Ajar Ilmu Kebapaan Tau Tak”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Generasi kini sudah banyak berubah dan berbeza dengan generasi dahulu. Dengan perkembangan teknologi sekarang, guru-guru perlu lebih kreatif mengikut keadaan semasa.

Tidak kurang juga dengan cabaran apabila mengendalikan murid-murid dalam kelas pendidikan khas ini. Mungkin pelajar seperti ini memerlukan kasih sayang daripada guru di sekolah.

Mungkin ramai yang sudah mengenali Cikgu Fazri yang mengendalikan pembelajaran pendidikan khas di sebuah sekolah. Beliau sangat gemar memuat naik video dan gambar-gambar menceritakan perkembangan dan pembelajaran anak-anak pendidikan khas ini.

Banyak mengajar ilmu kebapaan tau tak…

Murid belum mampu guna tangan untuk makan sendiri, cikgu tolong suapkan. Belum lagi part yang suka atau tidak cikgu lelaki pendidikan khas tu kena ada kemahiran tersebut seperti bertukang, berkebun, memasak, menjahit. BENDA WAJIB belajar dalam dunia pendidikan khas.

Dan saya tersedar kerjaya guru pendidikan khas tu sebenarnya bukan sahaja memberikan pendidikan tetapi juga mendidik saya sekali ke arah keibubapaan.

 

Sumber: Fazri Hassan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)