Siakap Keli

Jumpa Cebisan Otak, Buruh Kimpalan Maut Terjatuh Dari Bumbung Gudang

Seorang buruh kimpalan warga Myanmar maut selepas terjatuh dari bumbung gudang di sebuah kilang kicap di Butterworth.  Kejadian berlaku sekitar jam 1.45 petang ketika sedang menjalankan kerja kimpalan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Norr berkata mangsa yang juga pekerja kilang berkenan maut di tempat kejadian kerana parah di kepala.

Siasatan mendapati, mangsa terjatuh dari ketinggian lebih 30.5 meter di sebuah gudang kilang kicap di Kawasan Perindustrian Mak Madin.

Beberapa anggota dan pegawai polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasa pada 2.25 petang.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah. Malah dikatakan terdapat cebisan otak berhampiran mayat mangsa.

Menurut Asisten Komisioner Noorzainy, mangsa didapati terjatuh dari bumbung gudang kilang ketika kerja-kerja kontrak membaiki bangunan gudang di belakang kilang tersebut sedang dijalankan.

Mangsa dipercayai terjatuh dalam lubang besar pada bumbung gudang kilang tersebut semasa menjalankan kerja-kerja kimpalan.

Menurut keterangan seorang saksi, dia terdengar bunyi kuat seperti benda jatuh dalam gudang makanan ringan di kilang tersebut.

Setelah diperiksa mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di lantai dalam gudang tersebut dan sudah tidak bernyawa.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Hasil siasatan dapati, kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Sinar Harian

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)