Siakap Keli

Jutawan Jepun Nak Bagi RM37 Juta Seorang Kepada 1000 Pengikut Twitternya Secara Rawak

Seorang jutawan dari Jepun bakal menghadiahkan AS$9 juta atau lebih kurang RM 37 juta kepada 1000 pengikutnya di Twitter yang akan dipilih secara rawak bermula dari 1 Januari lalu.

Selain itu, Yusaku Naezwa berkata, bayaran yang dibuat ini adalah bagi melihat sama ada ia mampu meningkatkan kebahagiaan mereka ataupun tidak.

“Ia adalah eksperimen sosial yang serius. Saya harap ia dapat menarik minat ahli akademik dan ekonomi,” katanya dalam video pendek disiarkan di saluran YouTube miliknya.

Tambahan lagi, Maezawa jua turut merupakan antara penumpang yang telah dipilih untuk terbang mengelilingi bulan dengan SpaceX milik Elon Musk.

Walaubagaimanapun, Maezawa menjadi perhatian media selepas beliau mengumumkan perpisahan beliau bersama teman wanitanya iaitu seorang pelakon Ayame Goriki yang mempunyai hampir tujuh juta pengikut di Twitter.

Sumber : Sinar Harian

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)