Siakap Keli
Gambar: Iluminasi

Polis Australia Tahan 24 Individu Disyaki Sengaja Cetuskan Kebakaran Hutan

Kebakaran hutan di Australia merupakan ‘malapetaka’ yang sedang berlaku yang turut memberi kesan kepada komuniti seluruh dunia. Kebakaran tersebut juga telah meningkatkan haba yang melampau ekoran cuaca kemarau yang sedang melanda.

Pun begitu, pihak polis Australia mendakwa sekurang-kurangnya 24 orang telah dikenal pasti sengaja memulakan kebakaran hutan di New South Wales. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis New South Wales, seramai 183 orang telah diambil tindakan undang-undang atas dakwaan menyebabkan kebakaran sejak 8 November.

Daripada jumlah tersebut, 53 orang telah menerima amaran dan pertuduhan jenayah kerana tidak mematuhi peraturan kebakaran. 47 orang yang lain pula telah didakwa atas kesalahan membuang rokok.

Gambar: BBC

Kebakaran yang telah bermula berbulan-bulan lalu telah menyebabkan banyak haiwan terkorban, kerosakan harta benda, dan juga 24 orang dilaporkan telah terbunuh. Hampir setengah bilion haiwan telah terjejas dan berjuta-juta antaranya berisiko terkorban dalam kebakaran itu.

Pihak polis mengambil berat mengenai kesalahan yang boleh menyebabkan kebakaran. Pada Ahad yang lalu, seorang lelaki telah didakwa selepas menggunakan alat kuasa yang boleh menyebabkan kebakaran di Gunung Druit.

Sumber: CNN

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra