Siakap Keli

Rakan Sekerja Didakwa Beri Makan Sandwich Inti Merkuri, Lelaki Maut lepas 4 Tahun Koma

Seorang pemuda didakwa telah koma selama empat tahun selepas menikmati sandwich beracun angkaran rakan sekerjanya, dilaporkan telah meninggal dunia.

Kematian mangsa berusia 26 tahun itu disahkan mahkamah di Bielefeld, Jerman.

Suspek telah dihukum penjara seumur hidup pada Mac tahun lalu selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan tersebut. Dia telah menfailkan rayuan terhadap hukumannya itu, yang mana telah didakwa meletakkan merkuri dan bahan beracun lain dalam makanan rakan sekerjanya.

Akibat daripada tindakannya itu, seorang mangsa koma manakala dua lagi mengalami kerosakan buah pinggang yang serius.

Suspek telah ditangkap pada Mei 2018 selepas rakaman CCTV menunjukkan dia meletakkan serbuk mencurigakan pada sandwich rakan sekerjanya itu. Malah, botol kecil bahan yang sama ditemui dalam beg suspek ketika ditahan.

Dalam pada itu, pihak polis turut menggeladah rumahnya dan menjumpai kadmium, plumbum dan merkuri yang dipercayai digunakan untuk meracun rakan sekerjanya.

Penahanannya turut mendorong polis menyiasat semula kes kematian 21 pekerja di sebuah kilang sejak 2000.

“Terdapat serangan jantung dan kanser yang sangat tinggi dalam kalangan kes kematian di dalam syarikat tersebut.

“Motif pelakunya masih belum didedahkan tetapi semasa perbicaraannya, seorang psikologi berkata bahawa dia telah bertindak seperti seorang saintis yang sedang menguji bahan uji kajinya,” katanya.

Sumber: metro.co.uk

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.