Siakap Keli

Salah Seorang Pemain Termahal Di Dunia, Ronaldo Tayang Guna IPod Versi Lama

Umum telah mengetahui bahawa Cristiano Ronaldo sememangnya seorang bintang bola sepak yang terkenal dan antara yang terkaya dalam bidang yang diceburinya. Perkara ini dapat dilihat melalui kemewahan rumah kediaman dan kereta-kereta mewah miliknya sebelum ini.

Pun begitu, baru-baru ini Cristiano Ronaldo kembali menjadi perhatian apabila terdapat satu foto yang memaparnya masih menggunakan iPod versi lama ketika menyambut peminat sebelum perlawanan. Ipod Shuffle generasi ke-4 keluaran Apple pada tahun 2010 itu dikatakan merupakan versi lama yang tidak mendapat kemaskini dalam tempoh lapan tahun.

View this post on Instagram

@cristiano is still rocking the iPod shuffle 👀🎶

A post shared by Bestoffootball (@bestoffootball) on

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bahawa Ronaldo mengenakan iPod tersebut pada tali lehernya atas tujuan fesyen atau sememangnya dia menikmati lagi-lagu yang dimainkan oleh peranti itu. Dengan storan maksimum 4GB yang mampu memuatkan sekitar 1000 lagu, peranti tersebut dikatakan tidak boleh melangkau kepada pilihan lagu yang lain berbanding peranti pada hari ini.

Ronaldo merupakan bintang sensasi bagi pasukan Juventus dan Portugal merupakan antara pemain yang mendapat bayaran tertinggi di dunia dan mempunyai nilai lebih dari $ 450 juta. Sudah semestinya ia menjadi perhatian ramai apabila menggunakan peranti terkebelakang sedangnya gajinya antara yang tertinggi.

Pengguna Twitter juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan pendapat dan reaksi terhadap penggunaan peranti tersebut oleh bintang sensasi kesayangan mereka.

“Lelaki ini lagenda”

“Daripada memakai jam Rolex termahal di Dubai minggu lepas kepada menemui momen retro memakai ipod”

“Ronaldo meraikan jaringan hatriknya dengan melayan iPod”

“Saya akhirnya mendapatkan kembali iPod dan memainkannya semula, terima kasih Ronaldo”

Gambar: Best Of Football

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra