Siakap Keli

Disahkan Telah Mati, Wanita ‘Kejutkan’ Ahli Keluarga Bangun Ketika Dimandikan

Seorang wanita warga emas di barat daya India menghidap demam yang tinggi, tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan. Malangnya, doktor cuba untuk menyelamatkan nyawanya namun tidak berjaya.

Pun begitu, keluarga dan orang ramai yang menghadiri pengebumiannya terkejut apabila wanita tersebut tiba-tiba bangun daripada tempat pemandian mayat dan sememangnya masih lagi bernyawa.

Wanita berusia 55 tahun itu dilaporkan dibawa ke sebuah hospital swasta di Belagavi pada pagi rabu lalu oleh ahli-ahli keluarga.

Kumpulan perubatan di sana cuba untuk menyedarkannya namun mengisyhtiharkan kematiannya pada waktu tengahari.

Dia dibawa balik ke rumah dan ‘disimpan’ di halaman depan rumahnya sementara keluarga memaklumkan kepada rakan-rakan dan sanak saudara lain yang datang daripada kampung sekitar untuk pengebumian.

Ketika mereka sedang membuat persiapan terakhir, sesuatu yang tidak disangka berlaku apabila wanita itu membuka matanya.

Walaupun sesetengah dari orang-orang meratap kematiannya yakin bahawa ia adalah keajaiban kehidupan sebenar, namun salah seorang ahli keluarga mangsa menjelaskan bahawa kemungkinan besar ia koma singkat yang tidak didiagnosis.

Walaupun pelik namun kes seperti itu tidak pernah didengari kerana pelbagai keadaan boleh menyebabkan profesional perubatan perubatan percaya bahawa seseorang itu telah mati.

Sumber: RT News

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.