Siakap Keli

Haitham Tariq Al-Said Angkat Sumpah Sultan Baru Oman

Haitham bin Tariq al-Said mengangkat sumpah sebagai Sultan Oman yang baharu susulan kemangkatan Qaboos bin Said, lapor agensi berita Anadolu pada Sabtu.

Sultan Qaboos meninggal dunia pada Jumaat pada usia 79 tahun selepas sekian lama menderita sakit.

Televisyen Oman melaporkan pihak berkuasa telah membuka surat Qaboos yang menamakan penggantinya, tanpa menguraikan dengan lanjut, sebelum mengumumkan Haitham bin Tariq sebagai pemerintah baharu.

Qaboos telah menerajui tampuk pemerintahan Oman sejak 1970. Baginda nerupakan sultan kelapan dan paling lama memerintah di kalangan pemerintah Arab.

— BERNAMA

Nur Farra