Siakap Keli

Sultan Qaboos Pemerintah Paling Lama Di Arab Meninggal Dunia

Sultan Qaboos bin Said Al Said dari Oman, pemerintah Arab yang paling lama berkhidmat, telah meninggal dunia ketika berusia 79 tahun, lapor media antarabangsa.

Bulan lalu Qaboos pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan dan rawatan perubatan di Belgium sebaik disahkan menderita kanser.

Qaboos mendapat sokongan daripada pihak barat dan mentadbir negara Teluk Arab dalam rampas kuasa pada 1970.  Pemerintah itu walau bagaimanapun tidak berkahwin,  tidak dikurniakan cahaya mata serta tidak melantik penggantinya secara rasmi.

Pada usia 29 tahun, dia menggulingkan bapanya, Said bin Taimur, penguasa yang konservatif serta melarang pelbagai perkara, termasuk mendengar radio atau memakai cermin mata hitam, dan memutuskan siapa yang boleh berkahwin, dididik atau meninggalkan negara .

Menurut Statut Dasar Kesultanan, Majlis Keluarga Diraja yang terdiri daripada kira-kira 50 anggota lelaki, harus memilih sultan baru dalam masa tiga hari selepas takhta itu kosong.

Negara itu dilapor akan berkabung dalam tempoh rasmi selama tiga hari.

Sumber: BBC

Nur Farra