Siakap Keli

“Junior Aku Pengsan, Tanpa Sedar Aku Ketawa,” Penat Berlari, Gelagat Pelajar Buat Ramai Geram

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Persekolahan bagi tahun 2020 telah bermula sejak minggu lalu. Seperti kebiasaannya, setiap sekolah di Malaysia pasti akan mengadakan acara tahunan iaitu larian merentas desa.

Kita semua pasti mempunyai pelbagai pengalaman yang menarik dan tidak dapat dilupakan selama menyertai larian merentas desa tersebut.

Seperti video tular yang dikongsikan oleh Hafaith di Twitter, beliau merakamkan ragam junior di sekolahnya semasa merentas desa yang mencuit hati netizen.

Melalui perkongsian video itu, sekumpulan pelajar dilihat hanya berjalan sahaja semasa merentas desa tersebut namun salah seorang daripada mereka berlari dan jatuh ‘pengsan’.

Sorang junior aku pengsan. Tanpa aku sedar, aku sedang ketawa dengan beria

Nampak sangat real, last-last kena prank

Pun begitu, menurut salah seorang pelajar senior lain yang berada di situ, rupa-rupanya tindakan pelajar tersebut berpura-pura pengsan adalah untuk ‘memancing”rakan-rakannya yang lain untuk berlari sekaligus  ‘menyelamatkan’.

Netizen rata-ratanya memberikan pelbagai reaksi yang mencuit hati serta ada juga yang terhibur dengan gelak ketawa Hafaith yang merakam video tersebut.

Sumber: Hafaith

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra