Siakap Keli

(Video) Individu Terharu ‘Rider’ Tolong Buka Jalan Ambulans Bawa Ibu Ke Hospital

Umum mengetahui bahawa setiap kali siren ambulans diaktifkan memandakan terdapat kecemasan. Kenderaan itu perlu tiba di tempat kejadian atau hospital dengan cepat. Disebabkan itu, pengguna jalan raya yang lain perlu memberi keutamaan jalan kepada kenderaan itu.

Pun begitu, masih ramai yang tidak peka dan mementingkan diri sendiri dengan tidak mengendahkan siren tersebut. Berdasarkan satu rakaman yang tular, pengguna jalan raya dikatakan enggan memberikan laluan kepada ambulans. Namun, tindakan seorang penunggang motosikal telah menarik perhatian ramai.

Tiba-tiba ada moto berhelmet putih bantu bukak jalan, mengiringi, terus dari Tajur sampai Ciawi. Kerana dialah kami bisa tiba cepat.

Penunggang motosikal tersebut telah bertindak memberi arahan kepada pengguna jalan raya agar rapat ke bahu jalan supaya dapat memberikan laluan kepada ambulans. Reaksinya yang menunggang motosikal sambil menghayun-hayunkan tangan nampaknya membuahkan hasil. Ambulans tersebut dapat melepasi kesesakan itu dengan mudah atas bantuannya.

Menerusi perkongsian rakaman itu juga, ucapan terima kasih telah diberikan kepadanya walaupun tidak dapat dikenalpasti siapakah individu itu.

Siapapun engkau, makasih banyak ya mas! May you be blessed  always.

Melihat kepada reaksi netizen, rata-ratanya memuji tindakan penunggang motosikal itu namun timbul rasa kesal terhadap pengguna yang tidak mengendahkan siren ambulans.

“Berbuat baik itu sebenarnya bawaan manusia sejak lahir”

“Mereka faham dengan kesulitan ambulans melintas di laluan ramai”

“Terharu sangat kalau ada orang yang seperti ini”

“Untung di beberapa kota sudah ada komuniti escort ambulans”

Sumber: IG: bentarabumi

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa