Siakap Keli

(Video) Nenek ‘Gantung’ Cucu Keluar Balkoni Gara-Gara Nak Selamatkan Kucing

Memiliki rumah atau tinggal di sebuah bangunan tinggi kadang kala boleh membawa bahaya kepada ahli keluarga terutamanya kanak-kanak. Perkara ini kerana kanak-kanak berisiko terjatuh daripada tingkat yang tinggi sehingga boleh mengorbankan nyawa.

Namun lain pula yang terjadi di bandar Nanchong, Sichuan China, seorang nenek telah bertindak membahayakan seorang kanak-kanak dengan mengikat tali pada badan cucunya supaya dapat turun ke balkoni bawah untuk mendapatkan kucing peliharaan mereka.

Perbuatan tersebut telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang melihatnya kerana khuatir tali tersebut akan terputus.

Pada permulaan video, kanak-kanak tersebut telah berjaya menangkap kucing itu dan memasukkan ke dalam bungkusan. Kemudian, dia telah ditarik naik ke atas dalam keadaan tergantung.

Ekoran penularan video berkenaan, wanita tersebut telah dikritik dengan hebat di media sosial kerana membahayakan cucunya. Dia juga telah diberikan amaran dan nasihat oleh pihak polis selepas kejadian.

Mengakui kesalahan yang dilakukan, wanita tersebut mengatakan bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Sumber: Newsbook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra