89 Murid Disyaki Dijangkiti Influenza Di Johor, Daerah Pasir Gudang Paling Ramai

Jangkitan influenza berterusan mencetuskan kebimbangan apabila 89 murid di lapan daerah di negeri Johor disyaki dijangkiti virus tersebut.

Data yang diperoleh setakat jam 1.30 tengah hari tadi disahkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Azman Adnan yang memberitahu bahawa murid di daerah Pasir Gudang paling ramai disyaki influenza iaitu seramai 32 orang diikuti Johor Bahru seramai (24), Kulai (15), Tangkak (6), Kluang (5), Muar (5), Batu Pahat(1) dan Pontian (1).

Menurutnya, data tersebut diperolehi daripada sekolah melalui ibu bapa yang menghantar anak mendapatkan rawatan kesihatan di pusat kesihatan kerajaan dan swasta.

Pihak sekolah juga akan bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah jika melibatkan penutupan kelas atau sekolah namun berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) semua kes tidak melibatkan penutupan kelas atau sekolah.

“Setakat ini sesi persekolahan berjalan seperti biasa tetapi pembersihan kelas perlu dilakukan dengan menggunakan cecair pencuci Dettol.

“JPN sentiasa berhubung dengan Pejabat Kesihatan untuk mendapatkan maklumat atau tindakan lanjut selain memastikan pihak sekolah mempunyai penyaring suhu badan murid untuk mengesan murid yang demam,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Sofea Shahira

There's always another side to every story

Editor: Nur Farra

Tambah komen

Dari Wiser.my