Puluhan askar Saudi yang berlatih di pangkalan tentera AS akan diusir dari Amerika Syarikat setelah berlakunya kejadian serangan tembakan di pangkalan tentera laut Amerika di Florida, CNN melaporkan pada Sabtu.
Kejadian tersebut telah menyebabkan tiga terkorban termasuk penyerang dan sekurang-kurangnya tujuh orang cedera.
Pentagon mengumumkan pada 10 Disember akan menghentikan latihan operasi semua anggota tentera Arab Saudi di Amerika Syarikat selepas kejadian itu.
Kemudian, pada 19 Disember Pentagon memberitahu bahawa insiden tersebut tidak menimbulkan ancaman terhadap ratusan pelajar tentera Arab Saudi lain.
FBI mengatakan bahawa penyiasat AS percaya Leftenan Kedua Tentera Udara Saudi Mohammed Saeed Alshamrani, 21, bertindak sendiri dalam insiden itu sebelum dia ditembak mati oleh timbalan sheriff.
Sumber: Telegraph UK