Baru-baru ini telah tular satu kiriman yang dilakukan oleh seorang lelaki di Facebook mendakwa dua orang individu menyamar sebagai pegawai kesihatan yang ingin melakukan pemeriksaan kesihatan di rumahnya.
Individu tersebut menyebarkan gambar dua orang dipercayai pegawai kesihatan yang dikatakan mengunjungi kediamannya tanpa sebarang notis mahupun surat pemeriksaan.
Bagi mengelakkan salah faham ini berterusan, Pembantu Kesihatan Awam menerusi Facebook menjelaskan keadaan sebenar dan mengesahkan bahawa dua individu tersebut sememangnya pegawai kesihatan yang ditugaskan untuk melakukan Active Case Detection (ACD).
Sumber: Pembantu Kesihatan Awam