Siakap Keli

“Sudah Jadi Kenyataan,” Elon Musk ‘Belanja’ Video Tesla ‘Bersembang’ Dengan Orang Di Luar

Kenderaan mewah berjenama Tesla nampaknya akan mampu berkomunikasi dengan pengguna bukan sahaja di dalam kereta, malah di luar juga.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Musk melalui perkongsian video di laman Twitter miliknya. Menurutnya, kenderaan itu bukan sahaja mampu dikawal dengan hanya memberikan arahan, malah mampu untuk menjawab ketika disoal.

Tesla bakal bercakap dengan orang sekiranya anda mahu. Ini sememangnya benar.

Menerusi rakaman berkenaan, kereta jenis Tesla Model 3 itu didengari sedang bercakap ketika kenderaan itu dipandu. Kereta itu seakan mengajak orang berdekatan dengannya untuk masuk ke dalam bagi menikmati ‘dirinya’.

“But dont just stand there staring, hop in”

Seperti laporan terdahulu, Tesla telah mengubah suai bahagian depan Model 3 supaya dapat memanfaatkan speaker dengan lebih baik. Ianya seakan pihak Tesla ingin menambah pembesar suara pada bahagian luar kereta dan melancarkan ciri-ciri terbarunya.

Kini, ianya bagaikan menjadi kenyataan melalui video pratonton oleh Elon Musk yang memperlihatkan kereta Tesla itu bercakap dengan orang diluar kenderaan tersebut.

Sumber: electrek

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.