Siakap Keli

Terkini: Empat Orang Murid Di Pahang Disahkan Dijangkiti Influenza A

Terbaru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengesahkan seramai empat orang murid dari empat buah sekolah di Pahang telah dijangkiti influenza A sejak 9 Januari lalu.

Menurut laporan, dua orang murid dilaporkan dari daerah Kuantan, satu di Cameron Highlands dan satu lagi di Raub.

Pengarah, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus memberitahu, kesemua murid kini menjalani rawatan di hospital kawasan masing-masing.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sehingga kini tiada penutupan sekolah dibuat dan meminta semua guru di setiap sekolah untuk peka dengan wabak virus ini.

Sumber: Sinar Harian

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.