Siakap Keli
Gambar: The Hill

(Video) Trump Tweet Dalam Parsi, Sokong Penunjuk Perasaan Iran

Selepas pihak Iran mengakui bahawa terlibat dalam nahas pesawat Ukraine, penunjuk perasaan telah membanjiri jalan-jalan di Tehran bagi memprotes tindakan itu. Ia dilakukan ekoran berang dengan kerajaan Iran yang tidak memastikan ruang udara ditutup ketika ketegangan negara itu dengan Amerika Syarikat (AS).

Himpunan tunjuk perasaan itu juga disulami dengan nyanyian lagu-lagu seperti “death to the dictator” dan “death to liars”. Ianya merujuk kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang didesak untuk meletakkan jawatannya.

Tindakan tunjuk perasaan itu juga turut mendapat perhatian daripada Presiden AS, Donald Trump dan menyokong sepenuhnya dengan keberanian mereka. Apa yang menarik perhatian ialah sokongan menerusi laman Twitter itu ditulis menggunakan bahasa Parsi.

Kepada rakyat Iran yang berani dan menderita, saya telah berdiri bersama kamu sejak permulaan kepimpinan saya dan kerajaan saya akan terus bersama kamu.

Dalam kenyataan yang lain juga, Trump turut mendesak agar kerajaan Iran perlu membenarkan kumpulan hak asasi manusia untuk memantau dan melaporkan fakta mengenai tunjuk perasaan yang dilakukan.  Tambahnya lagi, tiada lagi sebarang korban nyawa dan penunjuk perasaan berlangsung dengan aman.

Kerajaan Iran mesti membenarkan kumpulan hak asasi manusia memantau dan melaporkan fakta-fakta dari alasan mengenai protes yang sedang berlangsung oleh rakyat Iran.

Tiada lagi pembunuhan beramai-ramai dan penunjuk perasaan yang aman, ataupun penutupan internet. Dunia sedang melihat.

Pesawat penumpang milik Ukraine yang baru berlepas beberapa minit daripada lapangan terbang telah terhempas di Tehran ekoran ditembak dengan secara tidak sengaja oleh Iran. Disebabkan itu, penunjuk perasaan yang kebanyakannya ialah pelajar universiti menyalahkan Ayatollah Ali Khameini atas kecuaian tenteranya yang menembak pesawat tersebut.

Sumber: The Hill

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra