Siakap Keli
Kredit: Bernama

30 Orang Pelajar, Seorang Guru Dijangkiti Infuenza A Hari Ini, Libatkan 17 Buah Sekolah Di Melaka

Melaka Tengah- Sebanyak 31 kes influenza A dicatatkan di Melaka melibatkan 30 orang murid dan seorang guru perempuan berusia 33 tahun di sini sehingga jam 9 pagi tadi.

Perkara ini disahkan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Dr Mohd Azam Ahmad di pejabatnya di JPN Bukit Baru hari ini.

Menurutnya, peningkatan dicatat sebanyak 18 kes sejak kelmarin, namun ia disifatkan masih di bawah kawalan.

Kes melibatkan 10 buah sekolah di Melaka Tengah, empat sekolah di Alor Gajah dan tiga sekolah di Jasin.

“Berdasarkan laporan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), daripada 31 kes terlibat, 22 kes dilaporkan di Melaka Tengah, lima di daerah Alor Gajah dan empat di daerah Jasin.

“Walaupun ada pertambahan jumlah mangsa yang dijangkiti berbanding sebelumnya, namun tiada sekolah atau kelas yang ditutup,” katanya.

Tambahnya, pihak JPN akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri dan menutup sekolah jika perlu, walaubagaimanapun setakat ini, tiada sebarang arahan sedemikian dikeluarkan.

Semua pesakit sedang menjalani rawatan di hospital atau dikuarantin di rumah masing-masing.

“Kita juga akan bekerjasama dengan KKM untuk membuat hebahan maklumat berkenaan klinik-klinik swasta sekitar negeri itu yang membekalkan vaksin influenza,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.