Seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang disyaki dijangkiti Influenza A selepas mengalami demam sejak Jumaat lalu telah meninggal dunia semalam.
Menurut ibunya, Nek Mudzlifah Abdul Kahar, 48, anaknya pada awalnya hanya mengalami demam biasa sahaja.
Dia membawa anaknya itu ke klinik selepas demamnya sejak malam Jumaat. Doktor memaklumkan dia hanya mengalami demam biasa dengan suhu badan 38 darjah Celsius.
Susulan daripada itu, kami membawanya ke hospital swasta pada malam Sabtu selepas dia alami sawan. Ketika itu barulah doktor maklumkan dia alami Influenza A selepas pemeriksaan lanjut dijalankan.
Dia dan suami telah mengambil langkah awal, namun perlu reda dengan ketentuan takdir.
Mereka tak pasti macam mana dia terkena jangkitan, cuma sebelum ini suami ada alami demam, namun sihat seperti sedia kala selepas mengambil ubat. Jangkitan itu mungkin juga terkena di luar.
“Pesanan saya, jika anak-anak demam lakukan pemeriksaan lanjut. Pihak klinik boleh ambil inisiatif, syorkan kepada pesakit buat ujian darah supaya wabak itu dapat dicegah awal kerana sekarang memang musim Influenza A,” katanya.
Sumber: Sinar Harian