Siakap Keli

Kemalangan Lori Tangki Dan Kereta Di Laluan Nilai Dan Bandar Ainsdale, Lorong Kanan Di Kedua Arah Ditutup

Satu kemalangan melibatkan lori tangki diesel dan kereta telah menghalang laluan di KM273.7 Arah Selatan di antara laluan Nilai dan Bandar Ainsdale.

Menurut plus trafik, lorong tengah arah ke utara telah dibuka. Manakala, lorong  kanan di kedua arah masih ditutup untuk kerja pembersihan.

Trafik masih perlahan 9km arah ke utara manakala perlahan di lokasi untuk arah ke selatan.

Semua pengguna jalan raya diminta agar berhati-hati di jalan raya dan pandu cermat.

Sumber: Plus Trafik

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)