Siakap Keli

Kepulan Asap Letusan Gunung Taal Jadi ‘Penyeri’ Majlis Perkahwinan Pasangan Ini

Kepulan Asap Letusan Gunung Taal Jadi ‘Penyeri’ Majlis Perkahwinan Pasangan Ini

Pasangan di Filipina meneruskan perkahwinan walaupun letusan gunung berapi memuntahkan abu ke langit di belakang mereka.

Pasangan itu dikatakan mengadakan majlis perkahwinan mereka dengan jarak kira-kira 15 kilometer dari gunung berapi Taal. Kejadiaan itu dikatakan sempat dirakam oleh jurugambar majlis tersebut.

Gunung berapi aktif itu terletak kira-kira 59km di selatan Manila di kepulauan Luzon telah mengeluarkan asap tebal dan abu sejak beberapa hari lalu.

Menurut jurugambar majlis tersebut, mereka semua sebenarnya bimbang dengan keadaan yang berlaku dikawasan mereka. Ketika sibuk bertugas, kami turut memeriksa perkembangan gunung berapi tersebut di media sosial.

“Kami sememangnya sedar adanya amaran dan tahap bahaya yang telah dikeluarkan dari semasa kesemasa, malah kami turut berbincang sesama sendiri apa yang perlu dilakukan jika keadaan bertambah buruk”, katanya.

Semua tetamu dan pengantin pada majlis berada dalam keadaan tenang ketika pasangan raja sehari itu melafazkan “I do” di Savanna Farm Tagaytay.

Sebaik selesai majlis tersebut, pengurusan lokasi majlis memuat naik gambar terkini pasangan tersebut dengan kapsyen “Majlis perkahwinan diteruskan”.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina turut memaparkan tahap aktif pengeluaran asap anatara 16km ke udara.

Susulan itu, agensi berkenaan mengarahkan penduduk berdekatan supaya segera berpindah. Kemungkinan letusan berbahaya dengan lava dalam beberapa jam akan berlaku.

Sumber : CNN

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)