Siakap Keli

(Video) 43 Tahun Tak Meletus, Detik Gunung Taal Disambar Petir Ketika ‘Muntahkan’ Debu

Satu daripada gunung berapi paling aktif yang terletak 65 kilometer di selatan Manila, dilaporkan telah mengeluarkan debu pada petang Ahad.

Situasi itu mengakibatkan penduduk dan pelancong di sekitarnya diarahkan berpindah untuk menyelamatkan diri.

Menurut Ketua Institut Volkanologi Dan Seismologi Filipina, Renato Solidum, keadaan itu memungkinkan gunung berapi Taal di Wilayah Batangas meletus dalam tempoh beberapa hari.

Katanya, kali terakhir gunung berapi Taal meletus pada 1977. Setakat ini tiada laporan penduduk serta pelancong mengalami kecederaan atau terkandas di kawasan perkampungan berdekatan.

Malah, penduduk yang tinggal di pulau lain berhampiran turut akan diarahkan berpindah jika situasi makin teruk. Rakaman video yang dimuat naik oleh @StormchaserUKEU ini menunjukkan detik-detik cemas ketika gunung itu meletus.

Sumber: Awani

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.