Siakap Keli

(Video) Lahar Merah Menakutkan, Ini 30 Buah Gunung Api Dipercayai Tengah Aktif Seluruh Dunia Ketika Ini

Gunung Berapi Taal yang memuntahkan asap tebal sejak Ahad lalu memaksa kira-kira 8,000 mangsa di kawasan berisiko dipindahkan ke 38 pusat pemindahan di daerah Batangas dan Cavite, Filipina.

Fenomena ini menyebabkan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Aquino, Manila turut dihentikan buat sementara waktu semalam.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) juga telah mengesan aktiviti membimbangkan dan mengeluarkan amaran tahap tiga semalam.

Sementara itu, sebanyak 30 buah gunung berapi lain di seluruh dunia dilaporkan turut aktif memuntahkan asap termasuk di Jepun, Hawaii, Mexico dan Indonesia sejak 2019 sehingga 12 Januari ini.

gunung berapi
Gunung Mauna Loa. di Hawaii, Amerika Syarikat. (Kredit: World Kings)

Berikut merupakan senarai lokasi gunung berapi yang dilaporkan aktif mengikut Volcanic Ash Advisory Center (VAAC);

  1. Aso (central Kyushu, Japan)
  2. Sakurajima (Kyushu, Japan)
  3. Taal (Luzon, Philippines)
  4. Mauna Loa (Big Island, Hawai’i). Sebanyak 56 gempa bumi berskala kecil direkodkan, kebanyakannya berlaku pada kedudukan kurang 5 kilometer di bawah gunung.
  5. Kilauea (Hawai’i)
  6. Popocatépetl (Central Mexico)
  7. Fuego (Guatemala)
  8. Sabancaya (Peru): Aktiviti letusan berterusan. Debu volkanik yang mencecah ketinggian kira-kira 24,000 kaki (7.3km) dan bergerak pada kelajuan kira-kira 27.8 km/j ke arah Selatan.
    debu gunung berapi
    Gunung berapi Sabancaya. (Kredit: Press TV)
  9. Dukono (Halmahera)
  10. Ebeko (Paramushir Island)
  11. Erebus (Antarctica)
  12. Erta Ale (Danakil depression, Ethiopia)
  13. Etna (Sicily, Italy)
  14. Fuego (Guatemala)
  15. Ibu (Halmahera, Indonesia)
  16. Karangetang (Siau Island, Sangihe Islands, Indonesia)
  17. Masaya (Nicaragua)
  18. Merapi (Central Java, Indonesia)
  19. Nevados de Chillán (Central Chile)
  20. Nishino-shima (Volcano Islands, Japan)
  21. Nyiragongo (DRCongo)
  22. Pacaya (Guatemala)
    gunung berapi
    Gunung berapi Pacaya pernah memuntahkan debu dengan ketinggian mencecah 10,000 kaki ke udara pada 2010. (Kredit: Earth Magazine)
  23. Popocatépetl (Central Mexico)
  24. Reventador (Ecuador)
  25. Sangay (Ecuador)
  26. Santiaguito (Guatemala)
  27. Semeru (East Java, Indonesia)
  28. Shishaldin (Aleutian Islands, Alaska)
  29. Shiveluch (Kamchatka)
  30. Stromboli (Eolian Islands, Italy)
  31. Yasur (Tanna Island, Vanuatu)

 

Sumber: Volcanic Ash Advisory Center (VAAC), Astro Awani, Earth Magazine

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.