Siakap Keli

“Allah Amanahkan Saya Jaga…” Diperli Bela 3 Anak Tiri, Issey Bidas Komen ‘Pedas’ Netizen

Hidup di zaman media sosial, ada saja mulut-mulut yang tidak berpuas hati dengan orang lain. Apatah lagi jika individu berkenaan merupakan selebriti yang diikuti ribuan peminat. Baru-baru ini, selebriti dan pelawak terkenal tanah air, Issey Fazlisham meluahkan kekesalannya terhadap individu yang menyindirnya kerana menanggung tiga orang anak tiri.

Menurutnya, ada individu yang meninggalkan komen sinis di laman Instagram isterinya, Aimi Jamel yang seakan menyindir mereka.

“Kesiannya Issey kena tanggung 3 orang anak tiri.”

komen netizen issey anak tiri

Allah amanahkan saya jaga mereka

Menurut Issey, dia gembira menjaga anak-anak tirinya yang merupakan amanah Allah setelah dia  menikahi ibu mereka pada Disember tahun lalu. Ujarnya, bapa kepada tiga orang anak tirinya itu meninggal dunia dalam kemalangan.

“Lagi gembira ada lah sis.. Papa mereka ni meninggal dunia dalam kemalangan. Sekarang Allah amanahkan Issey untuk jaga mereka. Doakan issey jadi daddy yang terbaik untuk mereka ya?” jawabnya.

Komen sinis itu turut menerima kecaman rakan artis dan warga maya yang tidak berpuas hati dengan individu berkenaan. Rata-rata mendoakan kebaikan dan menggalakkan Issey terus menjaga anak-anak tiri miliknya.

Persetankan mereka

komen rakan issey anak tiri

Pengecut

komen rakan issey

Besar pahala jaga anak yatim

komen rakan issey anak tirikomen rakan issey anak tiri

Sumber: Issey Fazlisham

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.