Siakap Keli

Anak 8 Bulan Hilang Kasih Sayang Seorang Ibu, Meninggal Dunia Dipercayai Jadi Mangsa Ragut

Kes jenayah ragut tidak asing lagi di negara kita malah makin menjadi-jadi dan tiada tanda-tanda isu atau perbuatan ini akan dihentikanTerkini tular di Facebook Penang Kini, seorang wanita telah disahkan meninggal dunia semalam selepas koma dipercayai akibat diragut pada 23 November tahun lepas.

Apa yang lebih menyayat hati ialah arwah meninggalkan seorang anak kecil berusia 8 bulan yang masih tidak mengerti apa-apa.

Menurut status yang dimuatnaik di page tersebut, mangsa cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal selepas diragut.

Oleh kerana kejadian itu, Nur Farahdila Zulkifli yang kritikal itu telah dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Arwah dikatakan mengalami kecederaan patah 3 tulang di leher, pecah bibir, bengkak jari tengah dan koma sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang ditimpa arwah dan berang dengan peragut yang telah menyebabkan mangsa kehilangan nyawa.

 

Salam takziah untuk keluarga mangsa

Balasan menanti buat si peragut

 

Sumber : Facebook Penang Kini

Follow Siakap Keli Di Instagram

Lihat siaran ini di Instagram

Innovasi yang hebat..

Siaran dikongsi oleh Siakap Keli (@siakapkeli) pada

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: