Siakap Keli
Kredit Foto: facebook

Ayah Terkorban Ketika Padam Api, Anak Masih Berputing Naik Pentas Terima Pingat Keberanian

Sedih mengenangkan nasib anak kepada seorang sukarelawan yang terkorban ketika berkhidmat memadamkan kebakaran yang berlaku di Australia baru-baru ini.

Melihat keadaan anak kecil yang masih berputing mengenakan pakaian seragam ketika menerima pingat keberanian mengundang sebak orang ramai.

Puting masih dimulut ketika menerima pingat keberanian (Sumber: facebook)

Harvey Keaton yang baru berusia 19 bulan kelihatan segak dengan seragam sambil menghisap puting di mulutnya ketika menerima pingat sewaktu pengebumian bapanya yang telah terkorban ketika berkhidmat itu.

Selain itu, anggota bomba juga turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir buat mendiang Geoffrey Keaton yang nahas ketika berusaha memadam kebakaran di Australia itu.

Anggota bomba lain turut memberikan penghormatan terakhir (Sumber:facebook)
Sumber: facebook

Anugerah keberanian ini diberikan oleh Pesuruhjaya Bomba New South Wales Shane Fitzsimmons.

Selain itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison juga turut menghadiri upacara pengebumian itu.

Menurut Scott Morrison pingat tersebut dianugerahkan kepada beliau adalah untuk mengenang jasa dan juga tanda terima kasih atas perkhidmatannya.

Sumber: BBC, NSW Rural Fire Services

Siti Natrah Jusof