Siakap Keli

Berat Turun 22 Kg Hingga Nampak ”Jawline”, Adele Kongsi Amal Diet Ini Untuk Peminatnya

Mungkin ramai yang tertanya-tanya dengan perubahan berat badan yang ketara oleh seorang penyanyi wanita yang dahulunya kelihatan sedikit gempal kini muncul dengan penampilan yang sangat menarik.

Adele, 31 tahun, penyanyi menerusi lagu Someone Like You telah berjaya menurunkan berat badan yang ketara selepas mengamalkan diet sirtfood.

Kredit Foto: inquisitr

Menurut laporan The Brit, dia telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 22 kg setelah mendapatkan khidmat seorang pelatih peribadi dan mengamalkan diet sirtfood.

Diet sirtfood berasal dari United Kingdom dari ahli pemakanan Aidan Goggins dan Glen Matten, yang telah menerbitkan buku panduan dan buku resipi pada tahun 2016.

Diet ini diasaskan berdasarkan kajian pada sirtuins (SIRT).

Sirtuin terdapat dalam makanan seperti minyak zaitun, buckwheat, matcha, blueberry dan arugula.

Selain itu, makanan manis termasuklah kopi dan coklat.

Untuk tiga hari pertama, pengambilan makanan hanya dihadkan kepada 1,000 kalori sahaja dalam sehari iaitu dengan hanya satu hidangan sirtuin dan dua jus hijau.

Setelah itu, pada hari berikutnya pengambilan makanan boleh ditambah kepada 1,500 kalori.

Selepas seminggu, dibenarkan untuk makan makanan sirtfood yang dia suka namun harus seiring dengan senaman yang telah disyorkan dalam diet tersebut.

Kredit Foto: dailymail

Namun begitu, tidak semua orang boleh memiliki tubuh badan seperti Adele walaupun mengamalkan diet yang sama. Jadi jangan terkejut jika anda tidak memiliki tubuh badan yang ramping seperti Adele.

Sumber: New York Post

Siti Natrah Jusof

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.