Wabak influenza yang melanda negara kita kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan buat banyak pihak terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil.
Hal ini kerana kanak-kanak dan bayi merupakan individu yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak ini di samping ibu hamil dan golongan berumur.
Terbaru, seorang bayi berusia 8 bulan menjadi mangsa wabak yang kian menular ini.
Menurut ibunya, Norizan Rabit, Muhammad Adam Danial mengalami demam kuat pada dua hari lepas disertai sawan pada jam 4 pagi.
Setelah menjalani pemeriksaan di hospital, Adam disahkan positif influenza A.
“Doakan Muhammad Adam Danial bin Muhammad Fadhly sembuh cepat,” tulis Norizan mengharapkan doa orang ramai.
Lantaran itu, netizen membanjiri ruang komen mendoakan kesembuhan buat adik Adam.
Semoga adik Adam cepat sembuh
Semoga adik Adam diberi kesembuhan segera.
Sumber: Norizan Rabit