Siakap Keli

Foto Pengantin Bersanding & ”Photoshoot” Dalam Kebun Getah Tular, Ramai Puji Cantik

Pasti ramai pasangan yang sedang menuju ke mahligai perkahwinan sedang berpecah peluh mengatur segala persiapan bagi memastikan semua yang dirancang bakal terlaksana dengan jayanya.

Sungguhpun lazimnya ramai yang memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan di dewan, tasik, taman dan hotel-hotel mewah, lain pula ceritanya untuk pasangan dari Thailand ini.

Kedua-dua mempelai dari Thailand ini membuat keputusan untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka di sebuah ladang getah. Lokasi tersebut dilihat agak unik dan hasil daripada gambar-gambar yang ditangkap juga agak menakjubkan.

 

Gambar-gambar yang cantik hasil daripada lokasi tersebut telah menjadi tular di media sosial. Ramai yang tidak menyangka bahawa sebuah ladang getah boleh membuahkan hasil dan menyemarakkan cinta serta merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan tersebut dengan hasil yang begitu menakjubkan sekali.

Sebuah karpet merah bagi laluan pengantin diletakkan di tengah manakala kerusi dan meja makan para tetamu yang dihiasi dengan kain biru serta putih dibahagikan kepada dua bahagian dan disusun di bahagian kiri dan kanan karpet merah tersebut.

Bagi anda yang sedang mencari idea untuk melangsungkan perkahwinan dengan tema yang unik, boleh lah cuba cara pasangan Thailand ini.

Sumber: รับจัดงานแต่ง จ.บึงกาฬ สวนดอกไม้ประดิษฐ์บึงกาฬ ข้างธ.ออมสิน

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.