Siakap Keli

Ibu Kandung Didakwa ‘Buang’ Anak Sebab Suami Baru Tak Suka

Apabila berlaku penceraian antara suami isteri, yang menjadi mangsa adalah anak kecil yang tidak berdosa. Mereka masih inginkan kasih sayang seorang ibu dan bapa. Namun, apalah nasib yang ditanggung oleh kanak-kanak ini apabila dipercayai ditinggalkan bersendirian di sebuah pusat kebajikan Thailand oleh ibu kandung.

Tular di media sosial hari ini mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang didakwa ditinggalkan di pintu pejabat kebajikan oleh ibu kandung.

Menurut seorang pengguna Facebook yang merupakan pekerja sosial di Thailand, kanak-kanak tersebut dihalau dari rumahnya kerana bapa tirinya tidak sukakannya.

Sebelum ibunya beredar dari tempat itu, dia memaksa untuk kanak-kanak ini menekan loceng pagar pusat kebajikan tersebut.

Sayu melihat gambar yang dikongsikan, kanak-kanak ini membawa satu plastik pakaian, patung mainan serta sekeping surat daripada ibu kandungnnya.

Tak terima sebagai anak sendiri

Melalui penulisan tersebut, ibunya memberitahu bahawa tidak mampu menjaganya kerana miskin dan suami baharunya tidak menerima kanak-kanak perempuan itu sebagai anak.

Namun demikian, kedatangan anak malang ini mendapat sambutan baik daripada pihak pusat tersebut. Pihak mereka membawa kanak-kanak ini ke hospital untuk pemeriksaan lanjut berkaitan parut yang dikatakan kesan daripada penderaan.

Menurut jejaka ini, berkemungkinan kanak-kanak perempuan ini didera oleh ibu dan bapa tirinya kerana terdapat banyak kesan parut di badan.

Polis sedang menyiasat ibu dan tirinya dan anak ini sedang dirawat di Hospital Lop Buri.

Sumber: Ake Srisuwa

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)