Siakap Keli

Konflik Iran Beri Kesan Kepada Seluruh Dunia, Jepun Akan Hantar Dua Pesawat Peronda Ke Asia Barat

Konflik yang berlaku antara Iran dengan AS telah membawa kepada pergelutan dua kuasa. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberi konfrontasi ketenteraan dengan Iran akan membahayakan keamanan dan kestabian di seluruh dunia.

Menurut jurucakap Kementerian Luar, Masato Ohtaka, sebarang konfrontasi tentera termasuk negara seperti Iran bukan sahaja memberi impak kepada keamanan. Malah ia turut mampu memberi kesan kepada kestabilan di rantau itu serta seluruh dunia.

Tambahnya lagi, memetik dari Abe berkata, beliau turut menggesa semua negara yang relevan untuk sama-sama terlibat dalam usaha diplomatik bagi meredakan ketegangan yang berlaku.

Kenyataan Abe dibuat ketika kunjungannya selama hari di negara Teluk bagi membincangkan tentang ketegangan serantau dengan Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman di wilayah Al-Ula, Arab Saudi.

Menurut Ohtaka, kedua-dua pemimpin terbabit bersetuju untuk bekerjasama rapat dengan keselamatan maritim di rantau itu.

Malah kedua-dua pemimpin terbabit turut membincangkan keputusan Tokyo untuk menghantar pemusnah bagi aktiviti perisikan bersama dua pesawat peronda P-3C di Asia Barat.

Jepun bagaimanapun memberitahu negaranya tidak akan bergabung dengan gabungan pimpinan Amerika Syarikat di rantau tersebut.

Sumber: Al Jazeera

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)