Siakap Keli

Letusan Gunung Berapi Taal : 8,000 Mangsa Dipindahkan

Susulan dengan ledakan debu Gunung Berapi Taal yang terletak 65 kilometer di selatan Manila yang kembali aktif.

Hampir 8,000 mangsa telah dipindahkan ke 38 pusat pemindahan di wilayah Batangas dan Cavite.

Malah Lapangan Terbang Antarabangsa Aquino, Manila juga terpaksa ditutup sementara malam tadi susulan selepas kawasan tersebut diselubungi debu letusan gunung berlaku sejak kelmarin.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Filipina (CAAP), operasi penerbangan domestik dan antarabangsa turut dihentikan sementara waktu kerana telah menjejaskan jarak penglihatan.

Agensi berita AP melaporkan, walaupun tiada kerosakan atau kemalangan jiwa berlaku, namun pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan ribuan penduduk di kawasan sekitar tersebut.

Pihak berkuasa mensasarkan lebih 300,000 penduduk sekitar akan dipindahkan ke pekan berhampiran dalam tempoh terdekat untuk langkah keselamatan.

Sumber : Awani

Follow Siakap Keli Di Instagram

Lihat siaran ini di Instagram

Innovasi yang hebat..

Siaran dikongsi oleh Siakap Keli (@siakapkeli) pada

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: