Siakap Keli

Mata Tak Boleh Buka, Hidung Keluar Air Tak Berhenti, Rupanya Positif Virus Influenza

Seperti yang ramai sudah ketahui, negara kita kini sedang mengalami wabak virus influenza. Sehingga ke hari ini, gejala tersebut makin merebak di seluruh negara.

Influenza merupakan satu jangkitan virus yang menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru-paru. Kita semua maklum bahawa penyakit virus influenza ini mampu memberi impak kepada seseorang.

Menerusi perkongsian Anizon Hussin di akaun Facebooknya, beliau menceritakan pengalaman ngerinya menjadi peskit influenza. Beliau dikatakan mengalami saat getir lima hari berhadapan virus tersebut.

Baru sahaja terdengar virus ni sedang merebak rupanya virus ini sudah ada dalam tubuh badan.

Pengalaman ngeri sangat menjadi pesakit influenza.

5 HARI yang MENGGETIRKAN.

Bermula dari serangan selesema yang tiba-tiba. Rasa pelik kerana tak pernah terkena selesema seperti ini.

Air hidung tak berenti mengalir. Mata rasa panas. Kepala berat.

Tapi biasalah rasa diri masih ok, gagahkan diri ke kelas, siap selfie macam2 ‘angle’ dalam kelas. Masa ni, hidung dah kemain merah.

Dah telan panadol pun masih sama. Minta balik kelas awal. Sampai rumah telan ubat lagi. Paksa diri tidur seketika.

Biasa kalau migrain, tidur seketika, bangun mesti ok. Rupanya masih sama.

Paksa lagi untuk baring. Dapat wasap dariĀ Fazieda Danisha, poster simptom influenza. Teliti, ehhhh, macam hampir. Takut.

Jam 2 pagi, tak larat. Tak boleh tidur. Sakit badan macam kena denggi. Dulu pernah kena denggi.

Walaupun telah mengambil ubat dan berehat, dia tetap berasa tidak sihat. Sejurus itu dia mengambil langkah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Rasa badan macam dicucuk-cucuk. Tak mampu nak tahan dah, terus ke hospital.

Sampai hopsital dari tembual, doktor dah agak. Doktor buat dulu test amik sample kat hidung. Hampir sejam menunggu result.

Masa menunggu, muka dah cuak takut kena virus itu. Aduhai, tak boleh nak bayang macam mana. Barulah sibuk google cari info penyakit. Nampak doktor menghampiri.

Aduhai, harap dr kata, demam awak amik antibiotiok, esok lusa sembuh. Dan awak boleh balik. Oh, usah mengharap jika sendiri pun rasa pelik dengan selesema yang air hidung ‘non stop’.

POSITIF INFLUENZA. KENA RAWAT, KENA KUARANTIN.

Ya Allah, terbayang wajah mek abah kat rumah dan Aludra yang ibu belum settle beli barang asrama dan Ajda yang ibu asyik sana sini, lupa nak luang masa.

Fikir risiko untuk Ajda dan fikir risiko untuk orang tua seperti mek dah abah. Masuk wad. Perlu menunggu di rumah kerana katil penuh. Selama 11 jam menunggu di rumah, mata tak boleh bukak langsung.

Penatnya rasa, sakit badan, hanya Allah yang tahu. Kepala langsung tak boleh angkat. Nak minta bantuan takut berjangkit dengan orang di rumah. Paksa diri untuk bangun, step by step untuk bersihkan diri dan solat. Gerak sikit termenung, gerak sikit termenung. Termenung sebab tak larat.

Paksa diri untuk makan. Telan walau tiada rasa. Takut nanti gastrik pula. Masuk hospital dan mula dirawat. Demam tinggi. Malam pertama tak boleh tidur, badan mengigil. Siangnya pening, gerak sikit pening. Dr kata ini kesan dari virus.

Dr dah mula rawat dengan antibiotik. Macam-macam antibiotik. Terima jer, dengan harapan segera sembuh. Allah sudah tarik nikmat sihat, nikmat tidur dan nikmat solat dengan sempurna. Kesihatan makin ok, cuma masih lemah. Demam sudah hilang. Masih batuk, kahak warna hijau pekat.

Malam seterusnya tak boleh tidur kerana batuk. Dr x-ray untuk check jika ada jangkitan lain.

Hari seterusnya buat rawatan nebulizer untuk cairkan kahak. Dan rawatan dengan tepukan di belakang badan. Masa tepuk ni, tekak akan rasa gatal dan kita akan batuk.

JAGA DIRI SEMUA

Hari ke 5, Alhamdulillah, dah semakin sihat. Lemah tu masih ada tetapi semangat perlu kuat. Cari semangat.

Satu pengalaman ngeri juga dalam hidup menghadapi virus influenza ni. Jagalah diri, di musim ini elak berada di tempat ramai orang.

Virus ini mungkin berjangkit semasa saya ulang alik ke hospital uruskan mek. Seingat saya, itulah tempat ramai orang yang saya pergi.

Tak per, ujian sakit ni kita ambil secara positif. Ruang untuk kita bersendirian hanya kita dan Allah.

Terima kasih pada yang mendoakan. Moga kita sentiasa dalam jagaanNya

Sumber: Anizon Hussin

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)