Siakap Keli

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat, Ini 3 Tips Untuk Elak Jangkitan Influenza Dari Merebak

Seperti yang kita sedia maklum, wabak Influenza A merebak dengan teruk di negara kita.

Ramai juga kana-kanak yang maut disebakan oleh wabak ini. Keadaan ini amat membimbangkan kerana jika tidak dibendung dan lakukan hal yang boleh mencegah influenza itu, mungkin ramai lagi yang akan terkorban.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memuat naik satu posting di akaun Twitter rasmi iaitu, KKMPutrajaya tentang cara-cara untuk anda elak jangkitan influenza daripada merebak.

Bagaimana anda boleh elak jangkitan Influenza daripada merebak?

1. Jika anda bersin atau batuk, anda perlu:

  • a. Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan.
  • b. Buang tisu itu dalam tong sampah.
  • c. Jangan kongsi sapu tangan yang sudah anda gunakan itu.
  • d. Basuh tangan dengan sabun

Selepas batuk dan bersin. Anda juga kena basuh tangan selepas sentuh bahan mentah, permukaan tercemar, muka, telinga, hidung dan lain-lain anggota badan.

2. Pakai penutup muka dan hidung (mask).

3. Elak tempat ramai orang seperti pusat beli belah jika anda dijangkiti Influenza.

Sumber : KKMPutrajaya

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)