Siakap Keli

Pakar Kongsi Teknik Betul Guna ”Hand Sanitizer” & Sabun Tangan Elak Jangkitan Influenza

Ramai yang berfikir pencuci tangan atau hand sanitizer amat berkesan untuk membunuh kebanyakan kuman serta menjadikannya item wajib dibawa ke mana-mana.

Namun tahukah anda, sebenarnya mencuci tangan dengan hand sanitizer sahaja tidak mencukupi.

Sebaliknya anda perlu membersihkan tangan menggunakan air dan sabun untuk mengelakkan jangkitan influenza.

Hal ini dikongsikan seorang pakar perubatan, Dr. Ryohei Hirose dan penyelidik penyakit berjangkit di Universiti Perubatan Kyoto, Takaaki Nakaya.

“Pengguna perlu sedar keberkesanan cecair penyahjangkit (disinfektan) terhadap lendir yang membawa jangkitan boleh berkurang, mereka tidak patut memandang terlalu tinggi terhadap keberkesanan produk disinfektan menyahjangkit,” kata Dr. Ryohei.

Membasuh tangan boleh membuang lendir pembawa jangkitan dan lebih berkesan. (Gamabr: CDC)

Perlu gosok lebih lama

Menurutnya, pengguna perlu menggosok tangan lebih lama sehingga 4 minit untuk membantu alkohol ethanol menembusi lendir atau mukus bagi memastikan disinfektan lebih berkesan.

Bahkan, virus influenza A tetap boleh berjangkit dalam lendir basah walaupun selepas terdedah kepada disinfektan berasaskan ethanol selama 2 minit.

Justeru, mereka menyarankan pengguna untuk menggosok cecair disinfektan sehingga kira-kira 4 minit untuk menyahaktif virus berkenaan.

Hal ini bermakna orang ramai perlu menggosok tangan dengan disinfektan selama 4 minit atau menggantikannya dengan membasuh tangan menggunakan air dan sabun seperti biasa, tulis Healthline.

“Saya terkejut bahawa membasuh tangan lebih berkesan daripada yang dijangka,” kata Dr Ryohei.

Sementara itu, Dr William Schaffner, profesor yang mengkaji penyakit berjangkit di Universiti Vanderbilt, Tennessee menyarankan orang ramai agar mencuci tangan seiring tempoh masa diambil untuk menyanyikan satu lagu “Happy Birthday”.

“Ia timer yang terbaik,” katanya.

Mereka menegaskan, cara terbaik untuk mencegah jangkitan adalah melalui vaksin flu.

Sumber: Healthline

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.