Siakap Keli

Pelajar Tingkatan 4 Maut Selepas Selesai Merentas Desa Sejauh 3.8km

Serang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun meninggal dunia selepas menjalani latihan merentas desa sejauh 3.8 kilometer.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias pelajar Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) Sungai Besar itu dilaporkan pengsan dalam kawasan sekolah berkenaan kira-kira jam 4.15 petang.

Tambahnya lagi, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar malangnya disahkan telah meninggal dunia oleh pembantu perubatan.

Selain itu, menurut beliau hasil pemeriksaan pada fzikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Sabak Bernam untuk dibedah siasat.

Menurutnya kes ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Sebelumnya telah tular di aplikasi Whatsapp berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Empat SAMTAJ Sungai Besar meninggal dunia di Klinik Kesihatan Sungai Besar selepas menjalani latihan merentas desa.

Sumber : Sinar Harian

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)