Siakap Keli

Polis Trafik Eskot Dilaporkan Berlanggar Dengan Kereta Pengiring Raja Puan Besar Pesar

Satu kemalangan langgar belakang melibatkan anggota BSPTD Kampar dengan kereta pengiring Raja Puan Besar Perak di lampu isyarat Lawan Kuda Kampar, perak.

Kejadian berlaku ketika penugasan eskot Raja Puan Besar Perak sempena program Lawatan ke Makam Teja.

Menurut laporan anggota BSPTD telah mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan. Beliau telah dikejarkan ke Hospital Kampar untuk dapatkan rawatan.

Manakala, anggota pengiring Raja Puan Besar Perak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Motosikal trafik dikatakan mengalami rosak teruk dibahagian belakang. Kereta pengiring milik Raja Puan Besar Perak pula mengalami rosak teruk di bahagian hadapan.

Namun begitu, dikatakan pihak VIP masih meneruskan program dengan diiringi anggota eskot yang lain.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)