Siakap Keli
Sumber: KKM

Tular ‘Whatsapp’ Kononnya Kes Influenza Adalah Serius, KKM Sahkan Informasi Tidak Tepat

Tular satu ‘pesanan’ kononnya dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di media sosial sejak beberapa hari lepas sepanjang berlakunya krisis jangkitan Influenza. Namun, pihak KKM telah mengesahkan bahawa informasi yang disampaikan hanya rekaan individu yang tidak bertanggungjawab.

Kementerian Kesihatan Malaysia tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan informasi kurang tepat. Pihak KKM memohon untuk orang ramai tidak berkongsi tentang mesej yang disampaikan tersebut.

Rata-rata orang ramai berkongsi melalui aplikasi Whatsapp tanpa usul periksa sama ada ianya sahih atau tidak.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)