Siakap Keli

(Video) 6 Maut, Lubang 10 Meter ‘Telan’ Sebuah Bas Dan Pejalan Kaki

Seramai enam orang telah terbunuh dan 16 orang cedera selepas lubang jerlus besar menelan bas dan beberapa pejalan kaki di China tengah.

Kejadian itu berlaku pada petang Isnin di luar hospital di Xining, ibu kota wilayah Qinghai.

Beberapa lubang jerlus telah dilaporkan sering berlaku di China dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Rakaman CCTV menunjukkan bas yang berada di kawasan tersebut mula terbenam ke tanah. Kejadian itu disaksikan oleh salah seorang yang menunggu bas di situ sebelum melarikan diri.

Terdapat beberapa orang awam cuba untuk menyelamatkan penumpang bas, namun lubang tersebut semakin menjerlus kedalam.

Menurut media negara, lubang itu berada dalam kedalaman 10m (32 kaki) diameter.

Jumlah penumpang yang terlibat dalam kejadian tersebut tidak diketahui jumlah sebenarnya.

Lubang jerlus dikatakan berlaku disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan serta perkembangan pesat pembangunan di negara itu.

Pada tahun 2018, empat orang dikatakan telah terbunuh dalam kejadian yang sama di bandar Dazhou, barat daya China.

Manakala, pada tahun 2013 kejadian serupa berlaku dimana seramai lima orang maut di estet perindustrian di bandar raya selatan Shenzhen.

Sumber: BBC News

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)