Siakap Keli

(Video) Bajet Tak Sampai RM1k, Lelaki Ini Puas Hati Dapat ‘Terjah’ Pulau-Pulau Cantik Di Semporna

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semporna merupakan antara destinasi yang wajib bagi mereka yang sukakan pulau. Terdapat banyak pulau-pulau di sekitar Semporna yang sungguh cantik untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan. Rata-rata pelancong dari seluruh dunia datang kesini untuk menikmati keindahan Boneo yang sebenar.

Menerusi perkongsian Ras Syazri Rosli di akaun Facebook miliknya, beliau berkongsikan pengalaman beliau melancong ke Semporna dengan bajet tak sampai 1K sepanjang empat hari tiga malam disana.

4 hari 3 malam di semporna bajet x sampai 1k …
Pakej rm699
Ticket flight rm150

Hari pertama van akan ambil di airport tawau dan hantar ke pekan semporna, selepas hantar barang ke hotel siap2 terus ke bukit tengkorak (hiking 20 minit)boleh tengok video sebelum ini .Malam kami makan di pasar malam semporna, jalan kaki 5 minit…

Hari kedua ke pulau Mabul ,bayaran masuk rm20 seorang (bergambar snorkeling dan lunch), dan ke pulau kapalai untuk snorkeling..petang balik dan malam makan di pekan semporna.

Hari ketiga ke pulau bohey dulang (hiking 600m😂)…pulau mantabuan bergambar, snokerling dan lunch..pulau sibuan bergambar dan snorkeling.. dan petang kami terus ke lato lato resort.. sampai di lato-lato resort, minum ptg dan sambung snorkeling lagi .. mkn mlm d sediakan..(lepak sampai jam 12 tghmalam sambil main gitar,dengar lagu, angina sepoi2😍😍)

Hari ke empat ke pulau pulau timba untuk bergambar dan snorkelling..ke pulau mataking untuk bergambar snokerlling dan lunch..ke pulau timba timba untuk bergambar dan snorkelling..petang kami balik pekan semporna dan berkemas..Jam 5 van akan hantar ke airport..

Takenote : untuk pakej kami, hanya makan malam untuk 2 hari pertama guna duit poket sendiri ..rm50 untuk 2 mlm cukup sgt mkn sedap-sedap

boleh contact Cik Muda Miera atau Pakej Pulau Semporna untuk pakej2 percutian di pulau semporna..
Nak travel bersama photographer boleh pm sy 🤣

-harap sound video x hilang-🤣

Sumber : Ras Syazri Rosli

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)