Siakap Keli

(Video) Ditonton Lebih 16 Juta Kali, “Skill” Ayah Ini Pujuk Anak Tengah Menangis Memang ‘Gempak’ Habis

Pernah alami situasi anak-anak menangis tanpa sebab hingga membuatkan anda kebingungan? Perkara ini selalu berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Kadangkala tangisan tersebut turut membuatkan anak-anak yang lain turut menangis. Hal ini boleh menyebabkan para ibu bapa pening memikirkan cara supaya anak-anak berhenti menangis.

Menerusi satu video berdurasi 3 minit 4 saat menunjukkan cara yang cukup unik untuk menghentikan anak-anaknya berhenti menangis.

Lelaki tersebut dalam keadaan tertawa mengajak anak-anaknya menangis secara bergilir-gilir untuk menghentikan tangisan anak-anaknya itu.

Menerusi video tersebut, lelaki itu bersama tiga orang anaknya, namun hanya dua orang anak yang sedang menangis tidak henti-henti.

Malah bukan itu sahaja, lebih memeningkan apabila salah seorang anaknya masih dalam dukungan turut menangis pada ketika itu.

Pujian harus diberikan kepada lelaki berkenaan kerana mempunyai idea yang menarik dan boleh dijadikan teknik kepada orang lain supaya anak boleh berhenti menangis.

https://www.facebook.com/sassymediainc/videos/650323855705217/

Sumber: Sassy

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.