Siakap Keli

(Video) “Maafkan Abang Amy,” Lelaki Meraung Kucing Kesayangan Mati Mengejut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang tidak sayang akan haiwan peliharaan? Selain menemani ketika sunyi, mereka juga sebagai penghibur hati dan menceriakan suasana. Haiwan mana lagi kalau bukan kucing kesayangan.

Bukan hanya wajah yang comel, malah setiap pergerakkan mereka juga mengelikan hati. Kucing merupakan haiwan yang memiliki sifat yang jinak, manja dan suka dibelai.

Seperti manusia, mereka juga tidak akan hidup selamanya. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Betapa perit dah pedihnya hati selepas lelaki ini dapat tahu kucing kesayangan sudah mati.

Perkongsian pilu ini daripada seorang pengguna Twitter, Rimaulah atau gelarannya ‘Abang’ meraung selepas kakaknya memberitahu kucing kesayangannya mati beberapa jam lalu.

“Maafkan abang, Amy sayang”

Saya bela 5 tahun dari bayi sehingga menjadi seorang ibu. I love you, sayang. Rehatlah sayang abang.

Minggu lepas last time kami berdua dating pergi grooming dia. dapat jugak abang groom awak sayang before takda.

Amy satu-satunya kucing abang mandikan bila dah takda nyawa lagi. Sayang abang rehat yaa. Hari-hari abang datang, soon abang tanam pokok atas pusara amy sayang nie. Rehatlah sayang abang. Syurga menunggumu.

 

Terakhir, lelaki ini mohon untuk orang ramai tidak lagi melakukan penderaan kepada haiwan dan jangan sangka hati lelaki keras tidak sayangkan kucing.

Sumber: Rimaulah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)