Siakap Keli
Kredit Foto: Telegraph

(Video) Tanah Merekah, Thailand Menderita Kemarau Kering Terburuk Dalam Tempoh 40 Tahun

Thailand kini sedang dilanda kemarau teruk sehingga menjejaskan tanaman dan juga ekonomi negara.

Kemarau yang sedang melanda negara ini juga merupakan kemarau terburuk dalam tempoh 40 tahun sehingga menyebabkan air di Thailand bertukar menjadi masin.

Penduduk di Bangkok antara tempat yang mengalami risiko terhadap kemarau yang sedang melanda negara tersebut.

Kredit Foto: Sea Mashable

Menurut ketua Jabatan Meteorologi Thailand, Surapong Sarapa berkata, kemarau pada kali ini berlaku pada awal tahun sehingga menjejaskan aktiviti pertanian dan bekalan air minuman untuk penduduk.

Air bertukar menjadi masin merupakan perkara yang berbahaya telah berlaku di negara Thailand kerana bukan sahaja menjejaskan sumber minuman penduduk malah ianya juga turut memberikan kesan kepada sektor tanaman di sana.

Kredit Foto: China Daily

Hal ini akan menyebabkan pendapatan 11 juta petani akan terjejas teruk ekoran daripada masalah ini.

Selain itu, kemarau yang melanda Thailand ini juga akan memberi kesan kepada seluruh Asia Tenggara dan turut menyumbang kepada kebakaran hutan di Australia.

 

Sumber: Bloomberg, Sea Mashable

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.