Siakap Keli

(Video) Viral Kereta Audi Langgar Palang Tol Sampai Tercabut, Didakwa Elak Bayar Bayar Tol

Tular, satu rakaman video dashcam memaparkan sebuah kereta yang didakwa melanggar palang plaza tol kerana mengelak untuk membayarnya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di plaza tol Pantai Dalam kira-kira pukul 2.59 tengah hari semalam.

Sebuah kereta yang dipercayai jenis Audi A7 itu datang dari arah belah kanan. Kereta tersebut kemudiannya kelihatan menuju ke arah lorong ‘Smart Tag’ secara laju bagi mencucuk kereta dihadapannya.

Perbuatan tersebut dipercayai sengaja dibuat bagi mengelak daripada membayar tol. Sesudah kereta dihadapan kereta Audi tersebut selesai membuat bayaran, kereta Audi yang kelihatan memecut laju kenderaannya itu bertindak melanggar palang tol tersebut dan telah menyebabkan palang tol berkenaan rosak.

Tiada maklumat lanjut dari pihak plaza tol dan kereta Audi berkenaan.

Sumber: William Low

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.