Siakap Keli

93 Maut Akibat Salji Dan Hujan Lebat Di Pakistan

Moscow : Jumlah korban akibat tanah runtuh yang dicetuskan oleh salji dan hujan lebat di Pakistan mencecah 93 orang dengan 53 lagi cedera, lapor agensi berita Sputnik memetik laporan media pada Rabu.

Menurut akhbar Dawn, kawasan paling teruk terjejas ialah di selatan Azad Kashmir, mencatatkan 66 kematian dan di wilayah barat daya Balochistan dengan 20 kematian. Sekurang-kurangnya tujuh yang lain dilaporkan maut di timur laut wilayah Punjab.

Menurut pihak berkuasa Pakistan angka kematian sebenar mungkin lebih tinggi memandangkan beberapa kawasan di utara Lembah Neelam di Azad Kashmir masih tidak boleh dilalui.

Sumber : Bernama

Follow Siakap Keli Di Instagram

Lihat siaran ini di Instagram

Innovasi yang hebat..

Siaran dikongsi oleh Siakap Keli (@siakapkeli) pada

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: