Siakap Keli
Gambar: Insider

Asap Kebakaran Australia Dijangka Buat Pusingan Penuh Kelilingi Bumi

Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) meramalkan bahawa kebakaran dasyat di Australia akan memberi kesan kepada seluruh dunia. Perkara ini ekoran daripada jangkaan asap yang dihasilkan daripada kebakaran itu mencukupi untuk mengelilingi seluruh planet ini.

Menurut laporan, asap berkenaan akan kembali ke ruang udara Australia selepas membuat satu pusingan penuh mengelilingi bumi. Asap berkenaan dilaporkan telah mula bergerak sejak 8 Januari lalu dan sudah mengelilingi separuh daripada bumi.

Menurut Pusat Penyelidikan Goddard NASA, asap tersebut kini menuju ke Amerika Syarikat dan ‘fenomena’ itu akan menjadikan langit berjerebu.

Asapnya dijangka membuat sekurang-kurangnya satu litar penuh di seluruh dunia, dan kembali semula ke langit di Australia.

Gambar: Insider

Tambahan lagi, asap yang terhasil tersebut dikatakan terlalu besar sehinggakan ia boleh mencipta cuaca mereka sendiri. Ianya dikaitkan dengan ribut petir gergasi sehingga boleh menyebabkan kebakaran baru.

Kebakaran di Australia sejak bulan September lalu telah mengorbankan banyak kehidupan terutamanya haiwan yang terperangkap. Malah, beberapa penduduk juga telah terkorban dan rumah kediaman mereka musnah dijilat api.

Sumber: Insider

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra